div.TabView div.Tabs {height: 30px;overflow: hidden} div.TabView div.Tabs a {float:left; display:block; width: 73px; /* Lebar Menu Utama Atas */ text-align:center ; height: 30px; /* Tinggi Menu Utama Atas */ padding-top:5px; vertical-align:middle; border:1px solid #95CAFF; /* Warna border Menu Atas */ border-bottom-width:0; text-decoration: none;font-size:12px; font-family: "Arial";/* Font Menu Utama Atas */} div.TabView div.Tabs {background:#FFF;color:#000;border:1px solid #95CAFF;text-decoration:none;} div.TabView div.Tabs a:hover{background:#585858;color:#FFF;border:1px solid #95CAFF;text-decoration:none;} div.TabView div.Tabs a.Active{border:1px solid #00F; background:#95CAFF; color:#00F;font-style: normal;border:1px solid #95CAFF;text-decoration:none;/* Warna background Menu Utama Atas */ } div.TabView div.Pages {clear:both; border:1px solid #95CAFF; /* Warna border Kotak Utama */ overflow:hidden; background-color:#95CAFF; /* Warna background Kotak Utama */ } div.TabView div.Pages div.Page {height:100%; padding:0px; overflow:hidden} div.TabView div.Pages div.Page div.Pad {padding: 5px 5px}

Isnin, 17 Februari 2014

kerjaya seorang tentera laut





KERJAYA SEORANG TENTERA LAUT


Nama: Khairul Busra Bin Ali
No. I/C: _______________
Tingkatan: 3 Ibnu Aflah
Guru: Puan Siti Umaiyah Mohd Yatim





Isi kandungan..
Bil
Perkara
Muka
Surat
1.
Tajuk

2.
Isi kandungan

3.
Penghargaan

4.
Objektif

5.
Pengenalan dan latar belakang kerjaya

6.
Kelebihan dan keistimewaankerjaya yang dipilih

7.
Tokoh idola
           -Kelayakan instisasi/ akademik
           -Potensi diri
           -Sumbangan

8.
Refleksi

9.
Lampiran/ rujukan








Penghargaan..
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru PSK saya iaitu Puan Suhaila Saadon atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau ketika menjalankan kajian tentang pilihan kerjaya seseorang.
Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya pengetua SMK Seri Aman iaitu Yang berusaha Puan Suwarti Binti Agus kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.
Selain itu,saya turut berterima kasih terhadap ibu bapa saya iaitu Encik Ali bin Jamaat dan Puan Sarilah yang banyak membantu saya .
Akhir sekali,saya ingin berterima kasih kepada semua rakan sekelas yang terlibat dalam kajian saya ini.Terima kasih..



Objektif..
Objektif saya menjalankan kajian ini adalah kerana:
*             Ingin menkaji latar belakang kerjaya TLDM
*             Ingin menkaji kelebihan kerjaya yang dipilih
*             Mengenalpasti potensi diri
*             Mengetahui kaitan kriteria kerjaya dan diri
*             Mengetahui pengiktirafan anugerah terhadap tokoh  kerjaya yang dipilih
*        Membuat refelksi diri








Latar Belakang Profession menjadi TLDM..
Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuandan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/84/Ramlan6.jpg/220px-Ramlan6.jpg
http://bits.wikimedia.org/static-1.23wmf10/skins/common/images/magnify-clip.png
Tentera Laut Diraja Malaysia - Cabang laut ATM
Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepadaPasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.
Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat(SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.
Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional. Pun begitu, pemodenan ATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi dan faktor sumber manusia. Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum melepasi fasa cadangan. Antaranya perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter utiliti tambahan. Krisis tenaga manusia pula walaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unit tertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam . Tambahan pula kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyen lain bagi golongan muda yang berpelajaran. Kekurangan minat dikalangan generasi muda terutamanya dari kaum bukan Melayu menyebabkan ATM mengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaran yang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM. Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan yang terbaru, helikopter Eurocopter tidak membantu memberikan persepsi yang baik kepada umum.






Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat JeneralLaksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).








Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin
Panglima Angkatan Tentera
(PAT)



















Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin
Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
(BSPP)




Leftenan Jeneral Raja Datuk Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
Ketua Staf Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia
(MK ATM)

Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
Panglima Angkatan Bersama
Markas Angkatan Bersama
(MK AB)






































Jeneral Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin
Panglima Tentera Darat
Markas Tentera Darat
(MK TD)

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Panglima Tentera Laut
Markas Tentera Laut
(MK TL)

Jeneral Dato' Sri Rodzali Daud TUDM
Panglima Tentera Udara
Markas Tentera Udara
(MK TU)











Keistimewaan menjadi TLDM..

Saya tertarik menjadi TLDM kerana kekuatan angkatan tenteranya ..

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]
Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat. Malahan, Tentera Singapura pun mengatasi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. ATM hanya mempunyai sedikit kelebihan pada jumlah anggota Tentera Laut dan Tentera Udara.

Negara
Tentera Darat
Tentera Laut
Tentera Udara
Tentera Marin
348 000
74 000
27 800
29 000
Flag of Thailand.svg Thailand
190 000
59 500
45 000
19 700
Flag of Singapore.svg Singapura
372 000*
10 600
13 500
120 000
18 000
15 000
1 000


Kekuatan tempur ATM mengalami sedikit pengecilan dari segi keanggotaan berikutan berakhirnya Perang Dingin dan ancaman komunis. Belanjawan peruntukkan pertahanan negara pada tahun 2009 juga dijangka mengalami penurunan sehingga 300 juta ringgit[ dan sehingga 20 peratus untuk 2010]. Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan.
Anggaran 2006 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 105 000 anggota tetap dan sekitar 40 000 anggota simpanan[16]. Bagaimanapun dari 105 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 65 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota[17].






















Kelengkapan
ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan[], pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur, kapal perang permukaan dan kapal selam.
Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh. Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725[, hanya 12 buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia








Perbandingan aset ATM
Angka-angka dibawah adalah angka semasa dan dijangka berubah dalam masa 3 hingga 5 tahun disebabkan program perolehan senjata yang rancak oleh negara-negara jiran Malaysia.
Tentera Darat
Negara
Kereta kebal utama
Kenderaan berperisai lain
Artileri medan
Helikopter
100
1815
560
87
381
2248
680
193
162
2744
480
60
500
700
100

















Tentera Laut
Negara
Kapal kombatan utama¹
Kapal kombatan¹
Kapal kombatan kecil¹
Kapal selam
Pesawat
34
52
6
67
1
15
32
87
12
18
6
25
50
50
2
50
¹Kapal kombatan utama; pengangkut pesawat, kruiser, pembinasa
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV





Negara
Pesawat tempur
Pesawat pengangkut
Helikopter
Amaran awal
UAV
84
69
58
166
35
28
143
14
78
8
40
70
35
45
4
5










Tokoh Idola..


Johari bin Mohd Amin menyertai Malayan Royal Naval Volunteer Reserve pada 9 Disember 1941 iaitu sehari selepas pengeboman Singapura oleh tentera Jepun. Oleh kerana serangan Jepun telah bermula, maka latihan rekrut ketika itu dijalankan dengan serba rengkas dan keutamaan adalah pada pengendalian senjata berat di kapal. ABSM Johari kemudian dihantar berkhidmat dengan kapal HMS Pangkor. HMS Pangkor telah beberapa kali diserang oleh kapal terbang tentera Jepun menyebabkan HMS Pangkor terpaksa berundur ke Colombo. 
Pada 4 Mei 1944, ABSM Johari telah menyertai pasukan OSS 404 US Army. Beliau kembali ke Tanah Melayu bersama pasukan ini dalam Operation Zipper. 
Sebagai menghargai pengorbanan beliau dalam pasukan OSS 404 US Army, ABSM Johari telah dianugerahkan pingat Defence Medal, War Medal, Pacific Star, Naval General Service Medal with Clasp Malaya dan lain lain lagi.




Kelayakan intisas untuk menjadi TLDM..
SYARAT-SYARAT UMUM
*      Warganegara Malaysia
*      Kesihatan - Sihat, baik penglihatan dan tidak rabun warna
*      Tinggi (Minimum)
*      Lelaki - 162 sm
*      Wanita - 157 sm
*      Berat (Minimum)
*      Lelaki - 50 kg
*      Wanita - 45 kg
*      Ukuran dada (Lelaki sahaja)
*      Biasa - 76.2 sm
*      Tarik Nafas - 81.2 sm
PEGAWAI
*      Umur :
Pegawai Kadet : 18 – 25 tahun
Pegawai Kadet ATMA : 17 – 20 tahun
Pegawai Graduan : Tidak melebihi 27 tahun
Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas : Tidak melebihi 27 tahun

*      LAIN-LAIN PANGKAT
UMUR : 18 – 23 tahun








KELAYAKAN AKADEMIK
*      Pegawai Kadet
*      Lulus SPM
*      Pangkat 1 atau 2
*      Kepujian B. Melayu, Matematik, Sains Am atau Lulus Fizik atau Kimia dan B.
Inggeris.
*      Pegawai Kadet ATMA
*      Lulus SPM
*      Pangkat 1 atau 2
*      Kepujian B. Melayu, Matematik dan 3 mata pelajaran lain.
*      Pegawai Graduan
*      Cawangan Pelaut – Lulus sebarang Ijazah/Diploma – Keutamaan bidang
Sains.
*      Cawangan Bekalan & Urusetia – Lulus sebarang Ijazah/Diploma dalam
bidang Ekonomi, Perakaunan,
 
Undang-undang, Pengurusan, Perniagaan,
Statistik, Sains Sosial dan Sains
Komputer yang diiktiraf oleh JPA.
*      Mendapat kepujian di dalam mata pelajaran B. Melayu, B. Inggeris dan
Matematik di peringkat SPM.
*      Pegawai Senarai Tugas Ikhtisas
*      Memiliki ijazah dalam jurusan kejuruteraan yang diiktiraf oleh JPA.
*      Kepujian dalam B. Melayu, B. Inggeris dan Matematik di peringkat SPM.
*      Anggota LLP
*      Tamat tingkatan 5 di sekolah yang dibantu oleh kerajaan.








POTENSI DIRI

    i.      VISI ATAU TUJUAN HIDUP
Saya ingin menjadi seorang pendidik kerana ingin membantu generasi akan datang menjadi insan yang berguna,insan yang berpendidikan,insan yang berpengetahuan dan berjaya !
    ii.        MASA LALU
*      Malas untuk belajar
*      Bangun Sentiasa Lewat
*      Tidak suka mengulangkaji
*      Suka menyendiri
*      Suka menunjuk-nunjuk
*      Suka membangga diri
*      Suka memandang rendah terhadap orang lain
*      Merasakan diri hebat
   iii.        MASA KINI
*      Mengunci jam untuk bangun awal
*      Bergaul dengan lebih mesra untuk bertanya pendapat
*      Rajin untuk mengulangkaji
*      Berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh
*      Tidak mudah putus asa
*      Mengawal perasaan daripada sikap negetif
   iv.        MASA HADAPAN
*       Menggunakan potensi diri untuk menuju kejayaan
*       Tidak mensia-siakan peluang yang ada
*       Sentiasa berusaha untuk maju kehadapan dan tidak ketinggalan
*       Sentiasa pergi ke gym untuk membina badan





Sumbangan TLDM ..

*   8 Dis 13 : 815 RSAT Beri Bantuan Perubatan Kepada Mangsa Banjir

*   8 Dis 13 : Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan Ke Kawasan Penempatan Banjir

*   8 Dis 13 : PU Kuantan Gotong Royong Sediakan Juadah Untuk Mangsa Banjir

*   6 Dis 13 : Panglima Operasi Laut Tinjau Operasi Banjir TLDM Di Kuantan

*   6 Dis 13 : Komander Pangkalan Meluangkan Masa Melawat Mangsa Banjir

*   6 Dis 13 : TLDM Terus Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

*   4 Dis 13 : TLDM Perhebat Bantuan Membantu Mangsa Banjir Di Kuantan

*   21 Nov 13 : Program Jiwa Murni Cawang Kejuruteraan

*   8 Nov 13 : Penyerahan Cek Skim Takaful Kelompok

*   4 Nov 13 : Upacara Penyerahan Cek Insuran Kelompok Koperasi Tentera








Refleksi Diri..
Daripada hasil kerja kursus ini , saya amat tetarik dan berminat dengan kerjaya yang saya pilih iaitu kerjaya seorang tentera laut diraja malaysia. Kerjaya ini bukanlah kerjaya yang mudah tetapi agak sukar untuk melindungi Malaysia daripada anasir luar.
                  Selain itu , dariapa yang saya lihat, saya mendapati kerjaya ini banyak persamaan dengan diri saya. Disamping itu , ibubapa saya menyokong keputusan saya untuk menjadi tentera.
                   Saya menjadikan JOHARI BIN MOHD AMIN sebagai idola tempatan kerana banyak jasa beliau untuk mempertahankan negara. Malahan JOHARI BIN MOHD AMIN juga seorang tentera yang telah mengukir nama dibibir rakyat. Dia telah menerima pelbagai anugerah di dalam tugas melindungi negara .
                 Seterusnya , saya berharap agar saya dapat memahami asas – asas mempertahankan diri serta melanjutkan pelajaran untuk menjadi seorang tentera laut. 
               Akhir sekali , untuk mencapai impian tersebut saya perlulah yakin kepada diri dan saya juga perlu mencari sesuatu yang baru untuk berjaya. Sikap putus asa harus dijauhi untuk mencapai matlamat ini.FIGHTING!!